Gambar Dan Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy S7/S7 Edge Tertiris

Gambar Dan Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy S7/S7 Edge Tertiris

Diterbitkan pada Feb 3, 2016 oleh .

Tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S7 dilancarkan di acara Samsung Unpacked Barcelona. Beberapa gambar peranti ini yang dijana menggunakan komputer telahpun tertiris. Hari ini gambar sebenar peranti dengan spesifikasi pula tetiris sepenuhnya. Peranti ini mempunyai skrin 5.2″ SAMOLED QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 820/Exynos 8890, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 32/64 Gigabyte.

Samsung-Galaxy-S7-leak-2

Sokongan kad MikroSD dikembalikan. Kemampuan optik pula ialah 12 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 pada bahagian hadapan. Bonggol kamera utama masih wujud tetapi jauh lebih kecil berbanding pada S6. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 6.0.1. Perkara paling mengejutkan ialah ianya dikatakan mempunyai ketahanan air dan debu IP68, setanding dengan Sony Xperia Z5. Bateri 3000 mAh digunakan pada S7 dan 3600 mAh digunakan pada S7 Edge. Sedikit mengecewakan dua peranti ini tidak menggunakan port pengecasan USB-C. Ia dijangka dijual pada bulan April dengan harga bermula $650 (RM 2742) sebuah. Adakah anda berpuas hati dengan rekaan dan spesifikasi Samsung Galaxy S7?

Samsung-Galaxy-S7-leak-1

 

 


TIPS & ULASAN