Nintendo Dilihat Berminat Untuk Mencuba Dalam Arena Realiti-Maya Sekali Lagi

Nintendo Dilihat Berminat Untuk Mencuba Dalam Arena Realiti-Maya Sekali Lagi

Diterbitkan pada Feb 3, 2016 oleh .

Pelbagai syarikat memfokuskan kepada arena realiti-maya, termasuk pengeluar permainan. Terkini, Nintendo dilihat sedang melihat kembali kepada teknologi realiti-maya, dan mengatakan ia sebagai salah satu teknologi yang agak menarik buat masa ini.

Nintendo Virtual Boy

Arena realiti-maya untuk Nintendo bukan sesuatu yang baru. Mereka pernah mencuba untuk hadir dengan peranti realiti-maya pertama mereka, iaitu Virtual Boy pada tahun 1995 yang lepas. Walaubagaimanapun, Virtual Boy tidak begitu berjaya ketika itu, boleh dikatakan agak terlalu awal pada waktu tersebut.

Virtual Boy menghadapi masalah dengan paparan, selain turut dikatakan membuatkan pengguna tidak begitu selesa menggunakannya. Seperti ramai sedia maklum, penggunaan sensor dan skrin paparan pada ketika itu tidak semaju pada hari ini, membuatkan terdapat beberapa kekangan untuknya.

Pada hari ini, terdapat sejumlah kandungan yang memfokuskan arena realiti-maya, disamping pelbagai teknologi yang memudahkannya. Nintendo dilihat sedang melihat dan mengkaji berkaitan dengannya. Namun, ia tidak diketahui lagi bilakah pengganti Virtual Boy akan hadir daripada Nintendo.


TIPS & ULASAN