Microsoft Dilaporkan Ingin Membeli SwiftKey

Microsoft Dilaporkan Ingin Membeli SwiftKey

Diterbitkan pada Feb 3, 2016 oleh .

Microsoft pada tahun lepas telah mengambil-alih beberapa aplikasi popular, dan terkini, ia dilaporkan syarikat gergasi dari Amerika Syarikat ini kini akan turut mengambil-alih pembangun papan kekunci mudah-alih popular, SwiftKey. Microsoft dilaporkan akan membayar sekitar $250 juta untuk SwiftKey.

SwiftKeySwiftKey merupakan salah satu papan kekunci maya popular pada platform Android, dan turut telah dilancarkan pada iOS sekitar dua tahun lepas.

Microsoft dilaporkan lebih berminat kepada teknologi pembelajaran pintar yang disertakan oleh SwiftKey, dan kajian oleh pihak SwiftKey dalam arena berkenaan. SwiftKey mempunyai algoritma dan rangkaian neural tersendiri dalam memberikan cadangan dan ramalan perkataan yang akan digunakan oleh pengguna – jauh berbeza dengan algoritma biasa yang digunakan pada pelbagai papan kekunci lain.

Buat masa ini, kedua-dua pihak, SwiftKey dan Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan baru ini.


TIPS & ULASAN