Cari @ Amanz

EA sering hadir dengan pelbagai permainan percuma untuk ditawarkan khusus melalui platform permainan mereka Origin. Terkini, untuk bulan ini, bagi penawaran Origin On The House yang menawarkan satu permainan percuma kepada semua pengguna berdaftar Origin, EA memberikan permainan Need for Speed Most Wanted secara percuma.

Untuk memuat-turun permainan ini, pengguna hanya perlu mendaftar akaun Origin, dan kemudian memuat-turun permainan Need for Speed Most Wanted secara percuma dan disimpan selama-lamanya.

NFS Most Wanted

Need for Speed Most Wanted merupakan salah satu permainan lumba kereta yang popular dikalangan pengguna ketika ia dilancarkan sekitar tahun 2005 yang lepas. Ia kemudiannya dikeluarkan semula pada tahun 2012 dengan pelbagai pembaharuan dan sedikit perbezaan – mengintegrasikan permainan dunia-terbuka dan sokongan multiplayer.

Jika anda peminat permainan lumba kereta, anda mungkin boleh mendaftar akaun Origin hari ini, dan mendapatkan permainan Need for Speed Most Wanted ini secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd