Rekan lensa kamera yang terkeluar adalah antara rungutan pemilik peranti iPhone 6 dan 6S. Bonjolan ini menyukarkan peranti untuk diletakkan rata pada permukaan meja jika tidak menggunakan kerangka. Tubuh peranti yang semakin nipis membuatkan bonjolan kamera perlu wujud bagi memuatkan mekanisme kamera di dalam ruang yang terhad. Kini kedengaran ura-ura bonjolan kamera ini mungkin akan dihapuskan pada iPhone 7 kelak.
Selain daripada itu bagi membezakan model 7 Plus dengan model lebih kecil, phablet ini turut dikatakan bakal mempunyai lensa berkembar seperti yang dilihat pada Honor 6 Plus. Kemaskini pada rekaan antena panel belakang turut akan memberikan rekaan yang lebih kemas. Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini? Kebarangkalian kamera berkembar disertakan adalah agak rendah tetapi mungkin berlaku kerana Apple sedang membangunkan projek VR mereka tersendiri. Peranti dengan kamera berkembar mampu mengambil gambar serta video secara 3D untuk kegunaan VR. Ketiadaan bonjolan juga berkemungkinan rendah dilakukan kerana beberap sumber mengesahkan iPhone 7 bakal lebih nipis berbanding 6S sehingga memaksa Apple membuang bucu audio. Wujudkan mekanisme kamera yang cukup nipis untuk disumbat masuk ke dalam tubuh iPhone 7 yang semakin mengecil? Jika diberikan pilihan yang mana satu lebih anda mahukan? Kamera berkembar ataupun peranti tanda bonjolan kamera?