Uber Memperlihatkan Logo Baru

Uber Memperlihatkan Logo Baru

Diterbitkan pada Feb 3, 2016 oleh .

Penjenamaan semula sesebuah syarikat biasanya dilakukan selepas lebih sedekad beroperasi. Tahun lalu kita melihat logo baru Google dan Facebook yang semakin kemas serta minimalis. Uber memperlihatkan logo baru mereka pagi tadi dengan rekaan yang agak drastik. Pertama sekali rekahuruf Uber kini tidak lagi mempunyai serif dan huruf E kini dipotong secara menyendeng. Logo pula bukan lagi huruf U tetapi rekaan grafik berkotak. Menurut CEO Uber, Travis Kalanick rekaan rekahuruf dan logo dilakukan bagi menunjukkan Uber bukan hanya memberikan perkhidmatan perkongsian kereta.

Uber-Logo-Baru-1

Mereka kini menawarkan khidmat penghantaran barang kepada pelanggan yang memerlukan. Pada logo terdapat rekaan seperti jalan raya yang dipandang dari atas. Selain perubahan pada logo dan rekahuruf, rupa aplikasi Uber juga berbeza mengikut lokasi. Warna dan corak latar belakang akan berubah mengikut bandar tertentu bagi mencerminkan identiti uniknya. Di Malaysia hanya logo berubah tetapi latar belakang aplikasi masih lagi seperti dahulu. Secara peribadi kami merasakan rekahuruf yang baru kelihatan kemas tetapi logo aplikasi kurang kemas. Trend terkini ialah menghasilkan logo minimalis bukannya menambahkan lagi elemen rekaan. Tambahan lagi menghilangkan huruf U pada logo yang amat sinonim dengan Uber adalah tindakan tidak masuk akal. Bagaimana pula dengan anda? Adakah rekaan logo dan rekahuruf baru ini tindakan yang bijak?Uber-Logo-Baru-3

 


TIPS & ULASAN