Carian
Twitter Memperkenalkan Emoji Khusus Bersempena Dengan Tahun Baru Cina
February 3, 2016 Aman

Pada minggu hadapan, lebih daripada 1.3 bilion orang seluruh dunia akan menyambut Tahun Baru Cina. Bersempena dengannya, beberapa syarikat hadir dengan promosi dan produk khusus untuknya, dan tidak ketinggalan adalah Twitter.

Gong Xi Fa Cai

Twitter melalui platform mereka, kini menambah sebuah emoji khusus berbentuk angpau, dan memaparkannya apabila pengguna membuat hashtag khusus – sebagai contoh #GongXiFaCai, #HappyCNY, #ChineseNewYear, #KungHeiFatCai, #HappyChineseNewYear, #CNYfortune, #imlek dan beberapa yang lain.

Ini bukan kali pertama Twitter memperkenalkan emoji khusus bersempena perayaan. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan beberapa emoji khusus, dan ini merupakan salah satu kaedah mereka menarik pengguna dan mengekalkan mereka pada platform Twitter.

Komen