Cari @ Amanz

Lanjutan daripada desas-desus pagi tadi, kini pihak SwiftKey dan Microsoft masing-masing mengesahkan yang mana Microsoft telah mengambil-alih SwiftKey. Harga pengambil-alihan tidak diumumkan, tetapi ia dikatakan sekitar $250 juta.

Microsoft SwiftKey

Walaupun diambil-alih, aplikasi SwiftKey akan kekal ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS secara percuma. Pada hari ini, teknologi SwiftKey digunakan pada lebih 300 juta peranti seluruh dunia, dan terdapat beberapa peranti yang menyertakan sokongannya secara terbina.

SwiftKey mengatakan pengguna mereka telah menyimpan lebih 10 trillion keystroke dalam lebih 100 juta bahasa berbeza. SwiftKey menawarkan kemudahan untuk menaip pada peranti mudah-alih, dan turut dilengkapi sokongan ramalan perkataan seterusnya yang mungkin ditaip pengguna. Microsoft sebelum ini dikatakan berminat dengan teknologi pembelajaran pintar SwiftKey.

Microsoft mengatakan mereka akan mengintegrasikan teknologi SwiftKey pada papan kekunci WordFlow untuk Windows, sekaligus membolehkan pengguna peranti Windows turut mengambil dan menggunakan kelebihan teknologi SwiftKey ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd