Cari @ Amanz

Humble Bundle pada hari ini telah mengumumkan penawaran pakej baru hasil kerjasama dengan Ubisoft – menawarkan beberapa permainan popular pada harga yang ditetapkan oleh pengguna, bermula daripada serendah $1.

Melalui Humble Ubisoft Bundle ini, pengguna akan mendapat tiga permainan pada bayaran sebarang harga, iaitu Call of Juarez : Gunslinger, Grow Home dan juga Rayman Origins.

Humble Ubisoft Bundle

Pengguna turut boleh mendapatkan permainan tambahan dengan membayar harga bayaran purata – yang mana menawarkan permainan Far Cry 3, Tom Clancy Splinter Cell Blacklist, dan Assasssin’s Creed Chronicles China.

Beberapa pakej lain turut ditawarkan, termasuk pra-tempahan untuk permainan The Division.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd