Cari @ Amanz

Motorola Moto 360 telah menerima kemaskini baru pada bulan Oktober 2015 yang lepas, dan kini versi baru jam tangan pintar berasaskan Android Wear berkenaan dilihat turut telah mula ditawarkan di Malaysia. Moto 360 hadir dalam dua saiz berbeza, iaitu 42mm dan juga 46 mm.

Moto 360 hadir dengan skrin berbentuk bulat 1.37-inci untuk versi 42mm, sementara versi 46mm pula hadir dengan skrin bersaiz 1.56-inci. Kedua-duanya boleh dipilih pengguna berdasarkan kepada saiz tangan pengguna. Versi 42mm dijual pada harga RM1399, sementara versi 46mm pula dijual pada harga RM1599.

Moto 360 2015

Melengkapkan ia adalah cip Snapdragon 400 empat-teras 1.2Ghz, memori 512MB RAM, dan bateri berkapasiti 300mAh (400mAh untuk 46mm).

Memandangkan ia menggunakan Android Wear, maka pengguna boleh menggunakan ia bersama-sama telefon pintar Android ataupun iPhone.

Selain kedua-duanya, pengguna juga diberikan pilihan jam tangan pintar Moto 360 generasi kedua ini dengan menggunakan rekaan emas merah jambu pada harga RM1499 untuk versi 42mm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd