LG Bakal Memperkenalkan LG G5 Pada 21 Februari – Hari Sama Dengan Pengenalan Galaxy S7
LG

LG Bakal Memperkenalkan LG G5 Pada 21 Februari – Hari Sama Dengan Pengenalan Galaxy S7

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

LG sebelum ini telah menjadualkan sebuah acara khusus bersempena dengan Mobile World Congress 2016, dan terkini, melalui akaun Twitter rasmi LG, mereka mengesahkan bakal memperkenalkan telefon pintar flagship mereka untuk tahun 2016 ini pada 21 Februari 2016.

Pada tarikh sama juga, Samsung akan memperkenalkan Galaxy S7 – yang turut dijadualkan di Barcelona bersempena dengan Mobile World Congress.

LG G5

LG G4 pada tahun lepas telah menerima pujian daripada pelbagai pengguna seluruh dunia, dan ini mungkin membuatkan ramai yang turut menantikan telefon pintar LG G5 di pasaran tempatan.

Spesifikasi penuh untuk LG G5 masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Mengikut desas-desus sebelum ini, ia dikatakan mungkin membawakan rekaan yang berbeza berbanding dengan LG G4 sebelum ini.


TIPS & ULASAN