Google Menentang Keganasan Dengan Mempamerkan Laman Anti ISIS Apabila Carian Dilakukan

Google Menentang Keganasan Dengan Mempamerkan Laman Anti ISIS Apabila Carian Dilakukan

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

Google ialah enjin carian nombor satu dunia dengan 40000 carian dilakukan setiap saat. Penggunaannya yang kerap menyebabkan ayat “cuba Google” adalah jawapan yang paling kerap digunakan apabila kita gagal menjawab sesebuah soalan. Enjin carian Google tidak semestinya digunakan untuk tujuan kebaikan. Malahan ada beberapa kes pembunuhan berjaya diselesaikan kerana pembunuh melakukan carian bagaimana melakukan jenayah keji ini menggunakan Google. Jadi tidak mengejutkan Google juga digunakan oleh golongan militan bagi mencari maklumat bagaimana untuk menyertai ISIS.

Google-ISIS-anti

Setakat ini dianggarkan 300 000 individu berhijrah untuk menyertai ISIS. Warga Malaysia juga terlibat dengan “jihad” sehingga sanggup menjadi pengebom bunuh diri di Iraq. Di United Kingdom sebuah projek anti keganasan akan dimulakan oleh Google. Apabila carian mengenai ISIS dan keganasan dilakukan, Google akan memaparkan carian anti ISIS dan keganasan pada muka hadapan. Projek anti keganasan dengan memberikan maklumat bertentangan dari yang dicari ini diumumkan oleh Dr Anthony House, eksekutif Google kepada ahli parlimen United Kingdom minggu ini. Dengan memberikan carian kontra, mereka berharap masalah warga UK menyertai ISIS akan dapat ditangani. Diharap Google akan memberikan senarai carian kontra juga apabila ada yang mencari laman anti vaksin. Golongan ini juga boleh merosakkan masa depan negara dengan memperkenalkan semula epidemik penyakit yang sepatutnya telah dihapuskan.

 


TIPS & ULASAN