Pernah suatu ketika sebuah akhbar tabloid no 1 di Malaysia mengeluarkan artikel bahaya remaja menghabiskan masa di kafe siber. Aktiviti bermain permainan komputer dikatakan sia-sia tanpa sebarang manfaat kepada mereka yang memainkannya. Itu kisah dahulu tetapi kini permainan komputer seperti DoTA dan FIFA boleh dijadikan sumber pendapatan lumayan sekiranya anda cukup mahir. Di Malaysia kita ada beberapa pemain komputer profesional yang mengharumkan nama negara di peringkat dunia.
ChuaN dan Mushi adalah dua individu yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat e-sukan DoTa. Senarai 10 pemain DoTA terkaya dari Malaysia telah diumumkan dan ChuaN megah di tangga teratas dengan pendapatan mencecah RM 2.29 Juta ringgit tahun lalu. Ini diikuti oleh Mushi dengan RM 1.61 Juta. Pendapatan mereka mungkin kelihatan amat lumayan tetapi masih di belakang Peter “ppd” Dager yang mencatatkan pendapatan mencecah RM 8.6 Juta tahun lalu.
-
- Wong “ChuaN” Hock Chuan – $551,353 (~RM 2.29 Juta)
- Chai “Mushi” Yee Fung – $389,131(~RM 1.61 Juta)
- Chong “Ohaiyo” Xin Khoo – $143,675 (~RM 596 Ribu)
- Lee “KyXy” Kong Yang – $119,171 (~RM 494 Ribu)
- Lim “Net” Wai Pern – $100,722 (~RM 418 Ribu)
- Joel Chan “Xtinct” Zhan Leong – $90,362 (~RM 375 Ribu)
- Johnny “JoHnNy” Lee – $38,163 (~RM 158 Ribu)
- Fadil “Kecik Imba” Bin Mohd Raziff – $37,948 (~RM 157 Ribu)
- Ng “YamateH” Wei Poong – $36,427 (~RM 151 Ribu)
- Chua “Ice” Chee Cai – $18,088 (~RM 75 Ribu)