Carian
Google Chrome Akan Memberikan Amaran Untuk Laman Web Yang Memaparkan Butang Muat-Turun Palsu
February 4, 2016 Aman

Bagi anda yang sering melayari web, terutamanya laman web yang menawarkan muat-turun, mungkin anda biasa dengan paparan iklan yang memaparkan butang muat-turun atau turut diperlihatkan dengan pop-up muat-turun yang biasanya merupakan mesej palsu yang boleh membawa pengguna ke laman-laman berbahaya atau yang mencuri data pengguna.

Google Safe Browsing

Terkini, untuk memeranginya, Google mengatakan mereka akan mula memaparkan mesej berkaitan perkara berkenaan sebelum pengguna dipaparkan dengan halaman sebenar. Ia berfungsi dibawah program Safe Browsing yang dilaksanakan Google, dan telah diaktifkan untuk semua pengguna Chrome seluruh dunia.

Dengan langkah Google ini, ia sekaligus akan mengurangkan kadar mereka yang menjadi mangsa kepada laman-laman seumpamanya yang membuatkan pengguna terpasang perisian berbahaya pada komputer mereka, dan berlaku kecurian data pengguna.

Komen