Apple Kekal Pengeluar Tablet Nombor 1 Dunia Walaupun Jualan iPad Menyusut 22%

Apple Kekal Pengeluar Tablet Nombor 1 Dunia Walaupun Jualan iPad Menyusut 22%

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

Jualan tablet di seluruh dunia berkurangan sebanyak 13% sepanjang tahu lalu menurut data terkini dari IDC. Tren penurunan jualan ini nampaknya berterusan dari tahun lalu tanpa menunjukkan sebarang pemulihan. Jualan peranti phablet yang meningkat serta pengguna tidak membeli tablet baru setiap tahun menyumbang kepada penurunan jualan. Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, iPad adalah tablet yang paling laku jualannya.

Tablet-IDC-2015

Sungguhpun begitu ia turut mengalami penurunan jualan sekitar 21.8% berbanding tahun lalu. Ini turut meletakkan Apple sebagai pengeluar yang mengalami penyusutan jualan kedua tertinggi selepas Asus yang mencatatkan penurunan jualan 39.9%. Pegangan pasaran Apple kini  ialah 24%, berbanding 27.6 peratus pada tahun 2014. Samsung masih di tempat kedua dengan 16.2% pegangan pasaran berbanding 17.3% pada tahun 2014. Di kelompok lima pengeluar tablet terbesar, hanya Huawei dan Lenovo melaporkan peningkatan positif. Adakah pembaca Amanz masih menggunakan tablet? Kami tidak lagi menggunakan tablet sejak menggunakan peranti phablet. Tablet iPad Mini dan iPad 2 yang kini sudah berusia hanya kami gunakan di rumah untuk tatapan rancangan bayi.


TIPS & ULASAN