GoPro Akan Mengurangkan Variasi Kamera Aksi Yang Ditawarkan Mereka

GoPro Akan Mengurangkan Variasi Kamera Aksi Yang Ditawarkan Mereka

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

GoPro merupakan jenama kamera aksi terkemuka di seluruh dunia, dan mereka mempunyai penawaran kamera aksi yang berbeza mengikut harga – yang mana menawarkan fungsi asas, sehinggalah kebolehan merakamkan video beresolusi sangat tinggi pada kualiti yang baik.

GoPro Hero4 Session

Terkini, hari ini, pihak GoPro mengumumkan kewangan syarikat – yang mana memperlihatkan penurunan, membawa kepada kerugian syarikat. Ini sekaligus membawa kepada penurunan harga saham, selain akan membuatkan kaedah mereka beroperasi selepas ini sedikit berbeza.

Menurut GoPro, dalam usaha untuk mengembalikan syarikat mereka kepada keuntungan, mereka akan mengurangkan penawaran kamera aksi mereka.

GoPro selepas ini akan hanya menawarkan Hero 4 Black, Hero 4 Silver dan Hero 4 Session sahaja selepas ini, sebaliknya model-model lain akan ditamatkan penawaran.

Disamping kamera aksi, pihak GoPro juga kini dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah dron yang boleh merakamkan video 4K melaluinya. Semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah prestasi jualan dron ini kelak, termasuk kamera aksi mereka akan datang dalam menentukan keadaan syarikat GoPro pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN