Permainan simulasi dunia jenayah popular Grand Theft Auto V sudah hampir tiga tahun di pasaran. Walaupun sudah lama ia masih laris terjual. Activision hari ini mengesahkan sebanyak 60 Juta unit GTA V sudah terjual. Ini bermakna GTA V kini di tangga ke-4 di dalam senarai yang paling banyak jualannya setakat ini. Jualan permainan ini masih mendapat sambutan kerana wujudnya mod GTA Online yang memastikan permainan tidak bosan dimainkan selepas tamatnya misi permainan solo. Sebelum ini GTA IV terjual sebanyak 25 Juta unit dan GTA San Adreas sebanyak 27.5 Juta unit. Jumlah jualan GTA V masih lagi jauh di belakang Tetris edisi peranti pintar yang sudah terjual lebih dari 425 Juta unit setakat ini.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.
dengan akaun AmanzMe anda untuk komen.