Batman Arkham Knight Edisi Mac Dan Linux Dibatalkan
Artikel Berkaitan

Batman Arkham Knight Edisi Mac Dan Linux Dibatalkan

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

Masalah yang melanda edisi PC Batman Arkham Knight nampaknya tidak akan dialami pengguna Mac dan juga Linux. Warner Brothers Games mengeluarkan kenyataan versi Mac dan Linux permainan ketiga di dalam trilogi Arkham ini telah dibatalkan. Pembatalan ini pastinya mengecewakan pengguna dua sistem operasi ini kerana sudah menanti kemunculannya untuk waktu yang lama. Kegagalan edisi PC sedikit sebanyak menyebabkan dua versi ini dibatalkan.

Batman-Arkham-City

Sekiranya permainan platform PC yang popular gagal diperbaiki selepas beberapa patch dihasilkan, edisi Mac dan Linux pastinya mempunyai masalah yang serupa. Antara masalah yang dihadapi ialah tiadanya sokongan SLI dan memerlukan RAM sebesar 12 Gigabyte sekiranya anda menggunakan Windows 10. Adalah amat menyedihkan pengguna Mac dan Linux tidak dapat menikmati permainan ini pada platform kegemaran mereka kerana kami merasakan ianya antara permainan paling menarik sepanjang 2015. Versi PlayStation 4 dan Xbox One langsung tidak menghadapi sebarang masalah untuk dimainkan. Malahan beberapa DLC percuma diberikan kepada pengguna dua platform ini.


TIPS & ULASAN