Cari @ Amanz

Sebab utama kami masih melanggan perkhidmatan Astro ialah untuk menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris. Televisyen hanya kami tonton pada hujung minggu untuk siaran bola sepak dan kami merasakan seperti membazir kerana caj bulanan Astro adalah amat mahal. Tetapi kami tidak mempunyai alternatif halal yang lain untuk menonton. Perlawanan yang ditunjukkan pada pakej HyppTV kerap adalah perlawanan yang tidak melibatkan kelab ternama.

Astro On-The-Go

Ramai yang menantikan hak penyiaran EPL ini diambil alih oleh penyiar lain. Hari ini Astro mengumumkan mereka memegang hak penyiaran liga EPL sehingga 2019. Kesemua 380 perlawanan liga akan disiarkan secara langsung menerusi pakej sukan Astro dan On The Go. Hak penyiaran eksklusif TV satelit berbayar Astro akan berakhir Februari 2017, tetapi penyiar lain hanya mampu membida hak eksklusif penyiaran EPL di akhir musim 2018/2019. Selagi hak ekslusif ini kekal di tangan Astro, selagi itulah kami rasakan kami terpaksa melanggan kerana tiadanya alternatif lain. Ini sememangnya sebuah masalah dunia pertama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd