Kelajuan LTE Malaysia Antara Paling Perlahan, Singapura Paling Pantas Di Dunia

Kelajuan LTE Malaysia Antara Paling Perlahan, Singapura Paling Pantas Di Dunia

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

Perkhidmatan 4G di Malaysia baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2013. Maxis ialah syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan perkhidmatan Internet dengan kelajuan sehingga 75 Mbps. Selepas hampir tiga tahun diperkenalkan bagaimanakah prestasi perkhidmatan LTE di Malaysia? Opensignal baru sahaja berkongsi kelajuan muat turun LTE dari pelbagai syarikat telekomunikasi di dunia. Berita buruk yang ingin kami kongsikan ialah Malaysia ialah antara negara dengan kelajuan LTE purata paling rendah iaitu sekitar 12 Mbps sahaja. Ini meletakkan kita setanding dengan negara seperti Jepun, United Kingdom, Brazil dan Thailand

Opensignal-LTE-2015-MAlaysia-2

Singapura boleh bermegah kerana perkhidmatan LTE di Kota Singa mempunyai kelajuan purata 37 Mbps. Umobile ialah syarikat telekomunikasi dengan perkhidmatan LTE terpantas dengan purata 15 Mbps. Digi dan Maxis berkongsi di tempat kedua dengan purata 12 Mbps manakala Celcom di tangga terbawah dengan purata 11 Mbps. Dari segi keluasan kawasan yang mempunyai perkhidmatan LTE pula, Korea Selatan di tangga teratas dengan 97%. Di Malaysia Celcom mempunyai keluasan kawasan terbesar dengan 67%. Di bawah ialah beberapa lagi carta yang menunjukkan kelajuan purata perkhidmatan LTE di dunia. Tinggal empat tahun lagi sebelum 2020 dan kita masih jauh di belakang majoriti negara maju dari segi kelajuan internet.

 


TIPS & ULASAN