Mark Zuckerberg Menyasarkan Pengguna Facebook Mencapai 5 Bilion Menjelang Tahun 2030

Mark Zuckerberg Menyasarkan Pengguna Facebook Mencapai 5 Bilion Menjelang Tahun 2030

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

Facebook pada hari ini merupakan salah satu laman sosial terkemuka di dunia, dan mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna aktif setiap hari. Kebanyakkan pengguna internet pada hari ini mempunyai akaun Facebook mereka tersendiri, dan ia dilihat akan terus meningkat dari hari ke hari.

Mark Zuckerberg

Bercakap mengenai sasaran mereka, Mark Zuckerberg melalui sebuah temuramah mengatakan mereka menyasarkan seramai 5 bilion pengguna pada perkhidmatan mereka menjelang tahun 2030 kelak.

Mengikut ramalan UN, mereka menyasarkan pengguna global mencapai seramai 8.5 bilion orang pada 2030 kelak. Untuk mendapatkan seramai 5 bilion pengguna pada platform mereka, Facebook akan perlu menjalankan beberapa usaha menarik pengguna, termasuk salah satu perkara yang sedang dilakukan mereka adalah program Internet.org mereka selain memancarkan internet menggunakan dron di kawasan pedalaman.


TIPS & ULASAN