Menggunakan Huawei Mate 7? Anda Kini Boleh Daftar Minat Untuk Cuba Android 6.0 Marshmallow

Menggunakan Huawei Mate 7? Anda Kini Boleh Daftar Minat Untuk Cuba Android 6.0 Marshmallow

Diterbitkan pada Feb 4, 2016 oleh .

Sejak pengenalan Android 6.0 Marshmallow, pelbagai pengeluar telah mula bersaing antara satu sama lain dalam menjadi antara yang terawal memperkenalkan kemaskini Android terkini kepada pengguna mereka. Terkini, Huawei Malaysia dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan Android 6.0 Marshmallow untuk pengguna Huawei Mate 7.

Mate 7 Marshmallow

Pihak Huawei Malaysia hari ini telah memulakan pendaftaran minat untuk pengguna Huawei Mate 7 yang ingin mencuba Android 6.0 Marshmallow pada peranti mereka. Seperti biasa, ia turut hadir dengan kemaskini antaramuka EMUI 4.0 yang terkini, menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan untuk pengguna.

Android 6.0 Marshmallow menawarkan beberapa fungsi tambahan, termasuk pengoptimasian bateri untuk penggunaan yang lebih lama, disamping turut menawarkan lebih kawalan kepada pengguna.

Sekiranya anda menggunakan Huawei Mate 7, anda boleh mendaftarkan minat, dan menjadi antara yang terawal untuk menguji sistem operasi terbaru berkenaan sebelum pengguna lain mendapatnya.

Daftar Minat : Huawei Mate 7 Marshmallow


TIPS & ULASAN