WhatsApp Kini Menyokong Sehingga 256 Pengguna Dalam Group Chat

WhatsApp Kini Menyokong Sehingga 256 Pengguna Dalam Group Chat

Diterbitkan pada Feb 5, 2016 oleh .

WhatsApp akhir-akhir ini membuat beberapa perubahan yang disukai oleh pengguna. Selepas menawarkan aplikasi mereka secara percuma kepada semua, kini mereka turut meningkatkan angka pengguna yang boleh menyertai sesuatu WhatsApp Group Chat.

WhatsApp Group Chat

WhatsApp Group Chat sebelum ini diterhadkan kepada hanya 100 peserta pada sesuatu masa, dan melalui perubahan hari ini, ia ditingkatkan kepada 256 peserta pada sesuatu masa.

Peningkatan ini walaupun masih terhad, ia memperlihatkan sedikit perubahan yang dibawakan oleh WhatsApp – apatah lagi dengan mereka yang ingin membuka platform mereka untuk menjadi lebih mesra perusahaan dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN