Huawei Akan Menyertakan Aplikasi Deezer Pada Telefon Honor Mereka

Huawei Akan Menyertakan Aplikasi Deezer Pada Telefon Honor Mereka

Diterbitkan pada Feb 5, 2016 oleh .

Huawei merupakan salah satu jenama telefon pintar yang kian popular dari hari ke hari, apatah lagi dengan penawaran telefon pintar berkualiti tinggi mereka, selain Honor yang menawarkan telefon pintar pada harga yang sangat kompetitif.

Huawei Deezer

Terkini, gergasi telefon pintar dari China ini turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat penstriman muzik Deezer.

Melalui kerjasama ini, pihak Huawei akan menyertakan aplikasi Deezer pada peranti Honor yang dijual oleh mereka. Ini sekaligus membolehkan pengguna Honor mengakses kepada aplikasi penstriman muzik tersebut serta-merta selepas membeli peranti berkenaan, sementara Deezer pula akan dapat menambah angka pengguna aktif mereka.


TIPS & ULASAN