Cari @ Amanz

Canonical telah memperlihatkan konsep untuk peranti mudah-alih yang turut boleh diubah menjadi komputer desktop sejak beberapa tahun yang lepas, namun, tiada sebarang peranti akhir yang dipasarkan kepada pengguna.

Perkara berkenaan akan berubah tidak lama lagi, dengan pengenalan sebuah tablet baru daripada Canonical yang menggunakan sistem operasi Ubuntu, dan dikeluarkan oleh BQ.

Tablet bersaiz 10.1-inci ini dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek, dan memori 2GB RAM. Ia merupakan variasi sistem operasi Ubuntu untuk tablet BQ Aquaris M10.

Ubuntu Tablet

Apa yang menariknya mengenai tablet ini, apabila ia dihubungkan kepada monitor, pengguna boleh menggunakannya sebagai sebuah komputer penuh. Seperti biasa, pengguna akan diperlukan memasang papan kekunci dan tetikus untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang menyeluruh.

Beberapa pengguna yang telah berpeluang mencubanya mengatakan ia menawarkan pengalaman yang baik, walaupun belum lancar sepenuhnya. Ini mungkin sesuatu yang dijangka, memandangkan spesisikasi tablet ini adalah agak rendah – apatah lagi jikalau dibandingkan dengan Ubuntu Edge yang gagal dipasarkan sebelum ini.

Ubuntu Tablet

Tablet ini akan dipasarkan bermula suku kedua 2016 kelak, dan harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Memandangkan masih terdapat beberapa bulan lagi sebelum dipasarkan, maka kita mungkin akan dapat melihat pengoptimasian yang lebih baik dilakukan oleh Canonical dan BQ sebelum memasarkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd