Doom Akan Hadir 13 Mei Ini
Artikel Berkaitan

Doom Akan Hadir 13 Mei Ini

Diterbitkan pada Feb 5, 2016 oleh .

Penantian selama 12 tahun untuk permainan baru di dalam siri Doom akan berakhir. Bathesda baru sahaja mengeluarkan trailer baru dan mengesahkan Doom bakal menemui peminat 13 Mei ini. Permainan ini mempunyai sejarah pembangunan yang bermasalah. Pada asalnya ia diumumkan sebagai Doom 4 pada tahun 2008 oleh John Carmack di QuakeCon.

Doom Special Edition

Pada tahun 2011 selepas bertahun tanpa sebarang berita perkembangan permainan dinamakan semula kepada Doom dengan kesemua aset di dalam permainan dihasilkan semula.  Dari trailer di bawah Doom nampaknya masih ganas dan berdarah. Permainan ini akan hadir di PlayStation 4, Xbox One dan PC. Turut diumumkan hari ini ialah edisi khas Doom yang hadir dengan figura aksi Revenant, antara musuh paling berkuasa di dalam permainan ini. Kami hanya berharap kali ini tiada lagi keperluan memegang lampu suluh ketika berjalan seperti di dalam Quake 3. Mari bersedia untuk kembali ke neraka wahai anggota Marin Angkasa sekalian. Jangan lupa membawa BFG.

 


TIPS & ULASAN