Carian
Samsung Safety Truck Kini Diuji Untuk Kegunaan Dunia Sebenar
February 5, 2016 Effi Saharudin

Samsung Safety Truck memulakan hidupnya sebagai sebuah konsep sistem mengelakkan kemalangan kenderaan yang cuba memotong lori yang panjang. Ianya diperlihatkan kali pertama pada Jun tahun lalu. Kini ia akan diuji di Argentina untuk melibat keberkesanannya di dunia sebenar. Beberapa perubahan dilakukan pada rekaan terkini Safety Truck. Ia kini hanya menggunakan dua panel LED gergasi berbanding empat pada model prototaip asal. Ujian akan dilakukan di La Plata Argentina. La Plata dipilih kerana ia melaporkan banyak kemalangan maut melibatkan kenderaan yang cuba memotong lori panjang.

Samsung-Safey-Truck-new-2

Sistem kamera pada kepala lori dan paparan LED pada pintu trailer diharap dapat membantu kenderaan yang ingin memotong melihat ke hadapan sebelum memotong lori. Ini ialah idea yang sebenarnya telah lama wujud tetapi hanya menjadi realiti sejak harga panel LED menjadi lebih murah berbanding 10 tahun yang lalu. TV LED sebesar 40″ sekarang boleh dibeli pada harga sekitar RM 1000. Sedekad yang lalu TV dengan teknologi yang sama dijual pada harga mencecah puluhan ribu. Diharap teknologi Samsung ini tahan lasak untuk digunakan di dunia sebenar. Di Malaysia kemalangan ketika memotong lori panjang meragut puluhan nyawa setiap tahun. Volvo sedang membangunkan kenderaan kalis maut menjelang 2020. Nampaknya mereka bekerjasama dengan Samsung pula untuk menghasilkan lori yang kalis maut sekiranya dipotong pula.

Samsung-Safey-Truck-new-1

Komen