Mungkinkah Kita Akan Melihat Lebih Banyak Aplikasi Dari Apple Untuk Android?

Mungkinkah Kita Akan Melihat Lebih Banyak Aplikasi Dari Apple Untuk Android?

Diterbitkan pada Feb 5, 2016 oleh .

Dalam memperluaskan perkhidmatan dan menambah angka pengguna, salah satu platform yang tidak boleh dilupakan adalah platform Android. Ia mempunyai angka pengguna jauh berkali ganda daripada platform lain, dan mempunyai angka pengguna mencapai bilion.

Apple sebelum ini telah menawarkan aplikasi Apple Music untuk pengguna Android, membolehkan para pengguna Android menggunakan perkhidmatan penstriman Apple pada peranti mereka. Disamping Apple Music, aplikasi untuk berpindah ke peranti iPhone juga disediakan, dinamakan Move to iOS.

Apple Move To iOS

Kini, Tim Cook dilihat memberikan petanda akan menawarkan lebih perkhidmatan mereka kepada pengguna Android.

Seperti ramai sedia maklum, Apple mempunyai perkhidmatan storan awan mereka tersendiri, iaitu iCloud – yang mana mungkin sangat berguna jikalau ditawarkan untuk pelbagai platform. Disamping itu, satu lagi perkhidmatan yang mungkin turut boleh dibawa ke platform Android adalah iMessage – perkhidmatan permesejan Apple yang sering dikaitkan dengan masalah apabila pengguna beralih dari platform iOS ke platform lain.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui sama ada pihak Apple akan membawanya ataupun sebaliknya – dan bagaimanakah penerimaan pengguna terhadap penawaran perkhidmatan Apple. Seperti ramai sedia maklum, terdapat pelbagai perkhidmatan storan awan yang lebih baik daripada iCloud dipasaran – apatah lagi dengan adanya Google Drive yang hadir terbina pada Android.

Sekiranya benar Apple membawanya ke Android, maka mungkin ia memperlihatkan keterbukaan platform mereka sekaligus memudahkan lagi pengguna dalam berpindah ke sebarang platform tanpa risau akan tertinggal data mereka.


TIPS & ULASAN