Carian
WhatsApp Web Kini Turut Menyokong Pelayar Web Microsoft Edge
February 5, 2016 Effi Saharudin

WhatsApp web dilancarkan Januari tahun lalu bagi memudahkan pengguna menjawab mesej menerusi pelayar web. Pada awalnya hanya pelayar Chrome disokong sebelum Firefox dan Opera turut disokong pada Februari tahun yang sama. Hari ini giliran pelayar Microsoft Edge pula mendapat sokongan WhatsApp Web. Anda hanya perlu melayari ke web.WhatsApp.com untuk menggunakan fungsi ini. Kemudian buka aplikasi WhatsApp pada peranti pintar anda. Dari skrin pilihan pada hujung sebelah kanan aplikasi, pilih WhatsApp Web. Imbas kos QR yang dipaparkan pada skrin pelayar Edge dan anda kini boleh menggunakan WhatsApp menerusi pelayar. Selamat mencuba.

Whatsapp-Webb

Komen