Phase One A-Series IQ3 100MP : Kamera Dengan Sensor 100 Megapixel

Phase One A-Series IQ3 100MP : Kamera Dengan Sensor 100 Megapixel

Diterbitkan pada Feb 5, 2016 oleh .

Kualiti sensor yang digunakan. Sebagai contoh kamera iPhone 6S hanya sebesar 12 Megapixel tetapi mengambil gambar lebih baik dari sebuah HTC One M9+ yang dilengkapi kamera 21 Megapixel. Tetapi sekiranya kualiti sensor, lensa dan saiz sensor yang besar digabungkan, kualiti gambar akan menjadi amat luar biasa. Inilah yang menyebabkan mengapa penggemar seni fotografi sanggup berbelanja besar untuk membeli kamera yang berkualiti tinggi pada harga yang mahal.

Phase-One-100MP-1

Phase One A-Series IQ3 100MP ialah kamera digital dengan sensor Full Frame sebesar 100 Megapixel. Nilai ISO adalah di antara 50-12800, terdapat 15 tetapan F Stop dan tiga lensa (35 mm, 23 mm dan 70 mm). Pada panel belakang terdapat skrin sesentuh sebesar 3.2″. Sekiranya diperlukan anda boleh melihat gambar yang diambil secara terus menerusi peranti iOS anda. Kamera ini bukan kamera yang boleh digantung pada leher seperti DSLR biasa kerana mempunyai berat 1.9 Kilogram. Harga jualan pula ialah $56000 (~RM 229000) sebuah.

Phase-One-100MP-2


TIPS & ULASAN