Kemaskini Android Wear Mengaktifkan Fungsi Panggilan Telefon Pada Jam Tangan Tertentu

Kemaskini Android Wear Mengaktifkan Fungsi Panggilan Telefon Pada Jam Tangan Tertentu

Diterbitkan pada Feb 5, 2016 oleh .

Sistem operasi Android Wear mempunyai pelbagai kemampuan menarik. Agenda harian dapat dipaparkan terus pada skrin jam tangan pintar dan begitu juga dengan maklumat trafik terkini. Kami sudah menggunakan beberapa jam tangan pintar Android Wear dan menyukai apa yang kami lihat. Tetapi ada satu fungsi penting yang hilang dari Android Wear jika dibandingkan dengan WatchOS Apple Watch. Fungsi ini ialah kemampuan melakukan panggilan telefon terus pada peranti.

AndroidWear-DesignedForYourWrist

Dengan kemas kini Android Wear terkini, beberapa jam tangan pintar sistem operasi ini kini mampu melakukannya. Jam tangan yang menyokong fungsi ini ialah Huawei Watch and Asus Zenwatch 2. Kedua-dua jam tangan pintar ini boleh melakukan panggilan telefon kerana dilengkapi pembesar suara terbina. Harus diingatkan tidak semua jam tangan Android Wear di pasaran mempunyai pembesar suara terbina. Kemas kini ini juga membawa sokongan merakam mesej secara audio pada aplikasi WhatsApp, Viber, WeChat, Telegram dan Google Hangouts. Pengguna hanya perlu memberikan arahan kepada Google Now untuk menggunakan fungsi ini. Akhir sekali Android Wear kini menyokong tatalan kad yang dipaparkan pada skrin dengan hanya memutarkan pergerakan tangan tanpa perlu menyentuh skrin.


TIPS & ULASAN