Cari @ Amanz

Huawei pada malam semalam telah mulakan pendaftaran minat bagi mereka yang ingin mencuba Android 6.0 Marshmallow Beta pada Huawei Mate 7. Selain daripada phablet mereka, kini pengguna yang menggunakan Huawei P8 turut sama boleh mendaftarkan minat untuk menguji perkara sama.

Huawei P8 Marshmallow

Untuk mereka yang menggunakan Huawei P8 – telefon pintar flagship Huawei pada tahun 2015 yang lepas, anda boleh mendaftarkan minat untuk menguji sistem operasi Android terkini, iaitu Android 6.0 Marshmallow – yang mana turut hadir dengan antaramuka EMUI 4.0.

Android 6.0 Marshmallow membawakan pelbagai pembaharuan baru, termasuk fungsi Now on Tap untuk memudahkan carian pada sebarang aplikasi, pengoptimasian penggunaan bateri, dan juga pengoperasian yang lebih lancar. Jika anda menggunakan Huawei P8, anda boleh daftarkan minat anda hari ini, dan mencuba Android 6.0 Marshmallow Beta lebih awal berbanding pengguna lain seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd