Samsung Gear S2 Classic Variasi Merah Jambu Emas Dan Platinum Kini Di Malaysia – RM1899

Samsung Gear S2 Classic Variasi Merah Jambu Emas Dan Platinum Kini Di Malaysia – RM1899

Diterbitkan pada Feb 5, 2016 oleh .

Setelah mempertontonkan dua versi Gear S2 Classic ketika Samsung SEA Forum yang diadakan pada awal minggu ini, hari ini pihak Samsung Malaysia secara rasminya mengumumkan penawaran kedua-dua variasi Gear S2 Classic berkenaan untuk pasaran tempatan.

Samsung Gear S2 Classic

Gear S2 Classic ini hadir dalam pilihan warna merah jambu emas 18K dan juga versi platinum. Kedua-duanya turut menyertakan tali jam berasaskan kulit dalam memberikan keselesaan ketika pengguna menggunakannya.

Gear S2 Classic merupakan jam tangan pintar daripada Samsung dengan muka jam berbentuk bulat, disamping menawarkan rekaan klasik sebuah jam tangan. Ia boleh digunakan bersama-sama sebarang peranti Android, disamping sokongan iOS juga akan hadir tidak lama lagi.

Gear S2 Classic edisi khas ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM1899, dan ditawarkan secara terhad.


TIPS & ULASAN