Cari @ Amanz

U Mobile pada bulan Januari 2016 yang lepas telah menawarkan 1GB data internet secara percuma untuk semua pelanggan yang melanggan pakej Unlimited Mobile Internet atau memperbaharuinya. Terkini, untuk bulan Februari 2016, pihak U Mobile turut menawarkan perkara yang sama.

UMobile Februari 2016

Pelanggan U Mobile yang menggunakan pakej Unlimited Mobile Internet hanya perlu memperbaharui pelan mereka pada bulan ini, dan anda akan menerima data tambahan 1GB secara percuma. Ini juga turut ditawarkan kepada pelanggan baru, dimana anda boleh mendapatkan penggunaan data bermula 1.5GB pada harga langganan RM20.

Dengan penawaran tambahan 1GB percuma berturut-turut oleh U Mobile ini, tidak mustahil kita melihat perubahan pada pelan mereka tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd