Cari @ Amanz

2015 ialah tahun yang menyedihkan bagi HTC. Jualan peranti tidak menunjukkan sebarang pemulihan dan peranti utama mereka One M9 dan One M9+ gagal memikat hati pengguna. Sebagai seorang peminat jenama ini, kami agak risau HTC akan menyertai Nokia dan Motorola di dalam kelab jenama terkemuka yang kini terkubur. HTC nampaknya masih belum mahu mengangkat bendera putih. Beberapa rekaan peranti mereka seperti One A9 diberikan rekaan yang baru dan berlainan dari yang dilihat sejak M7. Tahun ini peranti One M10 ataupun kod rahsianya Perfume akan menjadi peranti taruhan HTC.

One-M10-leak-3

Kini gambar peranti ini tertiris dan ia mengambil rekaan yang dilihat pada One A9. Ini bermakna tiada sistem audio BoomSound pada panel hadapan dan sebuah pengimbas cap jari terbina pada bahagian dagu. Pengimbas cap jari kini lebih besar berbanding yang digunakan pada One A9. Kamera hadapan nampaknya masih lagi berteknologi Ultrapixel. Butang kuasa dan suara terletak di sisi kanan. Antara ura-ura lain tentang Perfume ialah ia menggunakan pemproses Snapdragon 820, kamera 12 Ultrapixel dan dilengkapi RAM sebesar 4 Gigabyte. Tidak seperti LG G5 dan Samsung Galaxy S7, Perfume tidak akan dilancarkan pada MWC2016 yang berlangsung hujung bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd