Twitter pada hari ini memaparkan garis masa pada halaman utama mereka mengikut kronologi masa – memaparkan apakah tweet-tweet terkini yang dikongsikan oleh rakan-rakan atau mereka yang anda ikuti. Perkara ini dijangka akan berubah dengan pengenalan garis masa berasaskan algoritma seawal minggu hadapan.
Melaluinya, penguna mungkin akan melihat terlebih dahulu apakah Tweet-Tweet yang penting untuk anda berdasarkan apa yang anda minat atau apa yang popular dikalangan anda. Bagaimanakah algoritma baru akan berfungsi masih menjadi tanda tanya buat masa ini.
Seperti ramai sedia maklum, satu lagi laman sosial yang menggunakan konsep sama adalah Facebook. Facebook sebelum ini memaparkan perkongsian daripada rakan yang paling terkini – tetapi telah mengubah algoritma mereka untuk memaparkan apa yang penting untuk anda berdasarkan pilihan mereka.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pengenalan Twitter ini akan diaktifkan untuk semua atau ditawarkan sebagai hanya satu pilihan sahaja.