Pada carian Google, sejumlah informasi dipaparkan dalam bentuk Cards untuk memudahkan pengguna mendapat informasi yang dicari dengan pantas dan mudah. Terkini, Google dilihat telah turut menambah sokongan untuk paparan info berkaitan dengan Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Malaysia pada carian mereka.
Kini, apabila anda membuat carian kata kunci “Liga Super Malaysia” atau “Liga Perdana Malaysia”, anda akan dipaparkan informasi dalam bentuk cards – memudahkan anda mengetahui apakah perlawanan yang akan berlaku tidak lama lagi, disamping melihat skor semasa.
Pengguna juga turut boleh mengakses kepada bahagian berita, dan kedudukan pasukan semasa sekiranya mereka mengakses melalui peranti mudah-alih.
Pengenalan fungsi ini pada carian Google dilihat selari dengan liga baru yang akan bermula pada minggu hadapan.