CEO Twitter Mengatakan Tidak Akan Memperkenalkan Garis Masa Berasaskan Algoritma Pada Minggu Depan

CEO Twitter Mengatakan Tidak Akan Memperkenalkan Garis Masa Berasaskan Algoritma Pada Minggu Depan

Diterbitkan pada Feb 7, 2016 oleh .

Semalam, sebuah laporan awal hadir mengatakan pihak Twitter dalam perancangan untuk memperkenalkan paparan garis masa berasaskan algoritma dan dijangka hadir seawal minggu hadapan. Sejak daripadanya, ramai pengguna Twitter menyatakan bantahan, serta memulakan perbincangan dibawah topik #RIPTwitter.

Twitter GamingTerkini, CEO Twitter, iaitu Jack Dorsey telah mengeluarkan komen beliau, mengatakan mereka sedang mendengar maklumbalas pengguna, dan tiada akan memperkenalkan garis masa baru tersebut pada minggu hadapan.

Pada masa yang sama, ia turut dikatakan yang mana fungsi paparan berbentuk algoritma ini dijangka mengambil konsep yang sedia dipaparkan oleh Twitter pada laman mereka melalui fungsi “While you are away”. Paparan garis masa baru ini dijangka memperluaskan penggunaannya, dan pengguna akan diberikan peluang untuk tidak memaparkan garis masa dalam bentuk berkenaan, dan mengekalkan paparan dalam bentuk kronologi masa.


TIPS & ULASAN