Cari @ Amanz

Pengimbas nadi, pedometer, gyrometer dan barometer ialah empat sensor yang digunakan pada kebanyakan peranti boleh pakai. Ia digunakan oleh pengguna untuk menjejak tahap kecergasan mereka serta melihat berapa banyak kalori telah dibakar setiap hari. Pengimbas nadi masih tidak terbina pada majoriti peranti pintar (seperti pada peranti utama Samsung) dan jam tangan pintar ialah peranti terbaik untuk menambah kemampuan mengesan nadi. Samsung nampaknya tidak berpuas hati dengan hanya empat sensor di atas. Mereka mampatenkan rekaan jam tangan pintar dengan pengimbas pembuluh darah.

Samsung-imbasan-darah-1

Imbasan pembuluh darah setiap individu adalah unik. Oleh itu ia boleh digunakan untuk mengesahkan identiti pemakai untuk tujuan nyahkunci dan kustomasi antaramuka. Secara teori lebih dari satu pengguna boleh menggunakan jam tangan pintar ini dengan dua profil berbeza dan peranti boleh mengubah profil pemakai secara automatik selepas imbasan dilakukan. Kamera infra merah pada sisi jam digunakan pada sistem imbasan ini. Sebuah lagi inovasi dari Samsung ataupun ia hanya akan kekal sebagai paten yang tidak digunakan? Hanya masa akan menentukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd