Clip-A-Phone – Cagak Telefon Pintar Untuk Topi

Clip-A-Phone – Cagak Telefon Pintar Untuk Topi

Diterbitkan pada Feb 8, 2016 oleh .

Kayu selfie melonjak kepopularannya tahun lalu dan ini mengakibatkan nya mula diharamkan di stadium bola sepak dan juga muzium. Pengharaman dilakukan kerana ia dikhuatiri boleh digunakan sebagai senjata. Menjelang penghujung 2015 kami sedari kayu selfie mula pupus dari majlis perkahwinan dan di kawasan tarikan pelancong di Malaysia. Apa yang diperlukan sekarang oleh penjual aksesori peranti ialah alat baru yang boleh digunakan pada peranti untuk mengambil video.

Clip-A-Phone-1

Clip-A-Phone ialah cagak telefon pintar yang boleh diselitkan pada muncung topi bola lisut. Rakaman video pandang pertama ketika berlari, melakukan aktiviti lasak dan memancing contohnya dapat dilakukan tanpa perlu memegang peranti. Dengan menggunakan aplikasi Android dan iOS yang direka khas, fungsi kamera boleh dikawal menggunakan butang kawalan jauh Bluetooth yang disertakan. Terdapat tiga pilihan warna iaitu putih, merah dan hitam. Setiap cagak ini dijual pada harga $19.99 (~RM 83) sebuah.


TIPS & ULASAN