Jualan Khas Steam Sempena Tahun Baru Cina Kini Berlangsung
Artikel Berkaitan

Jualan Khas Steam Sempena Tahun Baru Cina Kini Berlangsung

Diterbitkan pada Feb 8, 2016 oleh .

Gong Xi Fa Chai, Selamat Tahun Baru Cina dan semoga tahun monyet ini memberikan anda kekuatan untuk menempa arus 2016 yang dijangkakan penuh dengan cabaran. Sekiranya anda tidak tahu apakah yang boleh dilakukan ketika cuti umum selama dua hari ini, anda mungkin boleh ke laman Steam hari ini. Buat pertama kalinya Steam mengadakan jualan khas sempena Tahun Baru Cina ini menawarkan beberapa permainan popular pada harga yang rendah. Rainbow Six Siege menerima diskaun 25%, Siri Total War menerima diskaun 75% dan Sniper Elite III menerima diskaun 80%. Permainan baru yang diberikan diskaun ialah Fallout 4 yang menerima diskaun 33% dan kini dijual pada harga hanya RM 133.33. Jualan ini akan berlangsung sehingga 12 Februari ini. Selepas beraya seharian dan mengumpul ang pow, mungkin anda boleh belanjakan wang yang diterima tersebut di Steam Store.

Steam-Sale-CNY


TIPS & ULASAN