Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, Google telah memberikan ruangan storan percuma sebanyak 2GB untuk pengguna menyemak tetapan sekuriti akaun mereka. Kini, bersempena dengan Safer Internet Day 2016, Google sekali lagi menawarkan promosi yang lebih kurang sama.

Google Safer Internet Day

Untuk mendapatkan ruangan 2GB percuma pada Google Drive, pengguna hanya perlu ke halaman tetapan sekuriti akaun mereka, dan menyemak beberapa tetapan sekuriti dan keselamatan akaun anda. Anda akan ditawarkan dengan 2GB percuma terus ke akaun Google Drive anda selepas menyelesaikan ke semua langkahnya.

Bagi anda yang menggunakan akaun Google, walaupun tidak inginkan ruangan percuma 2GB, ada baiknya anda membuat semakan keselamatan akaun anda untuk memastikan akaun anda kekal selamat dan data anda tidak diakses oleh aplikasi yang tidak lagi digunakan oleh anda.

Google Drive

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd