Instagram Memperkenalkan Sokongan Multi-Akaun Untuk Semua Pengguna

Instagram Memperkenalkan Sokongan Multi-Akaun Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada Feb 9, 2016 oleh .

Instagram telah membuat ujian multi-akaun pada perkhidmatan mereka dengan meluas akhir-akhir ini, dan hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan fungsi multi-akaun pada perkhidmatan sosial berkenaan.

Instagram Akaun

Fungsi multi-akaun ini membolehkan pengguna menggunakan lebih daripada satu akaun pada aplikasi Instagram di Android dan iOS pada sesuatu masa, memudahkan mereka untuk bertukar akaun, atau melihat notifikasi – tanpa perlu melalui kaedah tradisional, iaitu log keluar dan masuk kembali.

Fungsi multi-akaun ini diperkenalkan kepada semua pengguna Android dan iOS bermula minggu ini melalui kemaskini aplikasi Instagram terbaru mereka, iaitu versi 7.15.


TIPS & ULASAN