Cari @ Amanz

Di dalam artikel sebelum ini kami ada menyenaraikan teknologi dron yang digunakan oleh Israel. Negara Zionis ini ialah negara yang mempunyai teknologi dron yang paling maju di dunia. Malahan penggunaan dron di medan perang hanya dipandang serius selepas Israel menggunakannya ketika Perang Lubnan 1982. Sebelum itu dron hanya digunakan sebagai sasaran untuk ditembak jatuh dengan misil di dalam sesi latihan.

Dron-Seagull-1

Kemajuan teknologi dron Israel maju setapak lagi dengan penghasilan dron Seagull. Ianya sebuah dron kapal laut sepanjang 12 meter yang dicipta khas untuk misi memburu periuk api. Dron buatan Elbit ini mampu mengesan periuk api dan memusnahkannya secara automatik. Ia mampu beroperasi selama 96 jam tanpa henti. Pada waktu yang sama ia boleh melancarkan sebuah lagi dron bawah laut untuk melakukan pencarian periuk api magnetik yang tidak boleh dikesan dari permukaan laut. Dua buah Seagull boleh dilancarkan dari sebuah kapal induk untuk melakukan pembersihan laluan kapal perang.

Dron-Seagull-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd