Carian
Luminid – Kabel Pengecas Peranti Berlampu
February 9, 2016 Effi Saharudin

Adakah anda sering mengalami kesukaran mengecas peranti pada waktu malam? Lampu sudah dipadamkan, anak sedang nyenyak tidur di atas katil dan anda perlu mencari lubang pengecasan peranti di dalam kegelapan. Sekiranya anda menggunakan peranti MikroUSB, proses pengecasan menjadi dua kali sukar kerana anda tidak dapat melihat orientasi kabel dengan jelas. Oleh itu kabel pengecasan berlampu Luminid ini amat kami perlukan.

Kabel-Luminid-Berlampu

Ia mempunyai lampu LED terbina pada bahagian kepala. Lampu menyala secara automatik apabila disentuh oleh jari. Dengan adanya lampu kecil ini proses mengecas peranti di dalam suasana gelap tidak lagi menjengkelkan. Lampu pada kabel akan terpada dengan sendiri apabila ia mengesan sambungan yang betul pada port pengecasan. Terdapat versi MikroUSB dan Lightning. Kabel pengecasan Luminid ini dijual pada harga $16.95 (~RM 71) seutas.

Komen