Gametrailers.com Menghentikan Operasi Bermula Hari Ini
Artikel Berkaitan

Gametrailers.com Menghentikan Operasi Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Feb 9, 2016 oleh .

Laman permainan video popular Gametrailers.com mengumumkan mereka akan menghentikan operasi bermula hari ini. Berita ini amat mengejutkan kerana ianya antara laman yang popular dengan trailer terkini permainan video dan video ulasan yang kami rasakan terbaik di dalam industri. Selain daripada itu siri retrospektif permainan video mereka juga memberikan banyak maklumat menarik mengenai permainan yang anda gemari.

Gamtrailers-Logo

Ia mula beroperasi pada tahun 2002 sebelum dibeli oleh MTV Networks pada tahun 2005. Dua tahun yang lalu ia dijual kepada Defy Media dan dua pertiga dari pekerja diberhentikan bagi mengurangkan kos operasi. Sebelum YouTube wujud, GameTrailers dan TechTV adalah dua sumber kepada trailer permainan terbaru pada resolusi tinggi. Sebagai peminat laman ini kami ingin berterima kasih untuk kesemua trailer menarik yang dipaparkan di laman ini.


TIPS & ULASAN