Gambar Peranti Yang Dikatakan Sebagai Galaxy S7 Tertiris Ke Arena Web

Gambar Peranti Yang Dikatakan Sebagai Galaxy S7 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Feb 9, 2016 oleh .

Beberapa gambar telah hadir ke arena web sebelum ini – yang mana lebih kepada gambaran grafik untuk peranti Galaxy S7. Kini, dalam memberikan gambaran bagaimana produk akhir berkenaan kelihatan, kini beberapa gambar hadir dikatakan sebagai Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 Edge.

Daripada gambar yang hadir ini, ia memperlihatkan rekaan belakang yang sedikit menyertakan elemen seumpama Galaxy Note 5 sebelum ini, dan pada masa yang sama, kamera tidak begitu tertimbul berbanding Galaxy S6 sebelum ini.

Galaxy S7

Disamping bahagian belakang peranti Galaxy S7, sebuah lagi gambar hadir memperlihatkan gambar hadapan Galaxy S7 Edge dengan rekaan kaca skrin melengkung pada bahagian tepi.

Galaxy S7

Samsung menjadualkan acara pengumuman mereka pada 21 Februari 2016 kelak. Tetapi, dengan angka ketirisan yang hadir akhir-akhir ini, mungkin kita akan melihat lebih banyak info hadir sebelum ia dilancarkan secara rasmi kelak.


TIPS & ULASAN