Cari @ Amanz

Supercell, penerbit permainan Clash of Clans telah hadir dengan permainan susulan untuknya dinamakan sebagai Clash Royale = yang mana mengintegrasikan beberapa elemen permainan seperti watak dan kaedah dikawal daripada permainan Clash of Clans. Ia telah diuji sejak awal tahun ini, dan kini mereka mengumumkan akan melancarkannya kepada semua pada peringkat global pada bulan Mac 2016 ini.

Clash Royale

Melalui Clash Royale, ia menekankan kepada permainan masa-nyata, dimana dua pemain bersaing dengan pemain lain pada masa yang sama. Seperti biasa, misinya adalah untuk menakluk pangkalan pihak lawan – dan pemain akan dianugerahkan dengan ganjaran dalam bentuk kad yang boleh digunakan untuk menambah-baik markas mereka.

Clash Royale

Supercell mengatakan ia akan dilancarkan pada platform Android dan iOS pada bulan Mac 2016 ini. Namun, tiada sebarang tarikh pasti yang diberikan untuknya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd