NASA Hadir Dengan Video 360-Darjah Planet Marikh – Memberikan Anda Pengalaman Seumpama Di Sana

NASA Hadir Dengan Video 360-Darjah Planet Marikh – Memberikan Anda Pengalaman Seumpama Di Sana

Diterbitkan pada Feb 9, 2016 oleh .

NASA sedia mengumumkan sebelum ini akan hadir dengan penawaran pengalaman realiti-maya untuk pengguna nikmati seakan-akan berada di Planet Marikh. Kini, lebih awal daripadanya, pihak NASA menyediakan sebuah video 360-darjah ringkas di planet berkenaan.

Melalui gambar yang dirakamkan menggunakan Curiosity Rover di planet Marikh, pihak NASA telah mengabungkannya dan menjadikannya dalam paparan sfera untuk memberikan pengalaman video 360-darjah. Video berkenaan kemudian boleh dibuka pada aplikasi YouTube di peranti Android dan iOS, serta mengalami pengalaman seumpama berada di sana.

Bagi anda yang inginkan pengalaman kasar seumpama berada di sana, anda boleh mengakses video 360-darjah ini pada peranti mudah-alih anda, dan gerakkan ia ke atas, bawah, kiri dan kanan untuk melihat persekitarannya.


TIPS & ULASAN