Capcom Hadir Dengan Trailer Penuh Street Fighter 5 – Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Capcom Hadir Dengan Trailer Penuh Street Fighter 5 – Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Feb 9, 2016 oleh .

Capcom sebelum ini telah hadir dengan video promosi untuk permainan Street Fighter 5 secara berperingkat, malah telah memperkenalkan satu demi satu watak dalam permainan berkenaan. Kini, dengan hanya seminggu sahaja lagi sebelum pelancaran, Capcom telah mengeluarkan trailer penuh untuk permainan berkenaan.

Melalui video trailer penuh ini, watak dalam permainan berkenaan diperlihatkan satu demi satu, termasuk pada akhirnya watak Ryu yang mengalami perubahan kuasa.

Street Fighter 5 akan menawarkan sebanyak 16 watak yang boleh dimainkan, dan ditawarkan untuk platform PlayStation 4 dan juga PC.


TIPS & ULASAN